UNIT 3

5.1.2 : PERISTIWA PENTING DALAM KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD SAW


SELEPAS KERASULAN

UMUR
PERISTIWA

40 Tahun

Menerima wahyu pertama

Pada suatu hari dalam bulan Ramadan, Nabi Muhammad SAW didatangi Malaikat Jibril dan memeluk erat baginda sebanyak 3 kali dan menyuruh baginda membaca

Setiap kali Malaikat Jibril menyuruh Nabi Muhammad SAW membaca, baginda menjawab “ saya tidak tahu membaca “

Wahyu pertama baginda iaitu surah al-Alaq: ayat 1-5

Setelah menerima perintah Allah SWT, baginda mula berdakwah dengan gigih dan sabar

Dakwah baginda mendapat sambutan pada peringkat awal dari golongan hamba dan golongan yang lemah. Namun begitu baginda juga mendapat tentangan hebat daripada masyarakat sekeliling

Antara pengajaran yang dapat diambil daripada kisah ini ialah:

Nabi Muhammad SAW tidak suka dengan kesesatan masyarakat

Beribadat dan bermunajat kepada Allah SWT untuk memohon petunjuk

Menunaikan amanah untuk menyampaikan dakwah

Bersabar dan istiqamah menyampaikan dakwah


51 Tahun

Israk dan Mikraj

Kematian Sayidatina Khadijah (isteri) dan Abu Talib (bapa saudara) menyebabkan Nabi Muhammad SAW berdukacita kerana kedua-duanya sentiasa mempertahankan dakwah baginda dan membela baginda walaupun bapa saudara baginda tidak memeluk Islam

Untuk mengubati hati Nabi Muhammad SAW, Allah SWT membawa baginda menyaksikan kebesaran-Nya dalam peristiwa Israk dan Mikraj

Kronologi ringkas peristiwa Israk dan Mikraj adalah seperti berikut:

Nabi SAW dibawa dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa pada waktu malam

Dalam perjalanan, baginda ditunjukkan pelbagai gambaran yang akan berlaku kepada umat baginda

Baginda menjadi imam solat kepada para nabi di Masjidil Aqsa

Baginda dimikrajkan merentasi 7 lapis langit sehingga ke Sidratul Muntaha

Baginda menghadap Allah dan menerima kefarduan solat 5 waktu

Nabi diturunkan ke Mekah sebelum subuh dan menceritakan kepada penduduk Mekah


Peristiwa Israk dan Mikraj memberikan pengajaran bahawa:

Menjalani Israk dan Mikraj dengan roh dan jasad

Rasul terakhir yang membawa ajaran tauhid seperti ajaran para rasul sebelum baginda

Menerima kefarduan solat secara terus daripada Allah SWT sebagai ibadat yang paling utama dalam Islam

Mendapat pertolongan Allah SWT ketika menyampaikan kebenaran



53 Tahun

Hijrah ke Madinah dan pembentukan Negara Islam

Berhijrah ke Madinah setelah dakwah baginda dihalang dan ditentang hebat oleh kafir Mekah

peristiwa ini berlaku setelah 13 tahun kerasulan. Baginda berhijrah bersama-sama sahabat baginda iaitu Sayidatina Abu Bakar al-Siddiq

dengan perancangan rapi, mereka berjaya selamat tiba di Madinah setelah melalui pelbagai rintangan. Dalam perjalanan tersebut mereka juga telah singgah di Quba’ dan membina masjid pertama di sana

Di Madinah, Nabi Muhammad mengasaskan pemerintahan berasaskan wahyu. Baginda telah mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar, membina Masjid Nabawi dan menggubal Piagam Madinah

Baginda bersama penduduk Madinah bersama-sama mempertahankan Madinah daripada serangan musuh dengan semangat jihad yang tinggi

Antara peperangan yang berlaku dan dipimpin oleh baginda ialah Perang Badar, perang Uhud, perang Khaibar, perang Hunain dan pembukan Mekah


Pengajaran daripada peristiwa ini ialah:

Sanggup berkorban demi menegakkan agama Allah SWT

Menyampaikan Islam dengan sempurna dan penuh amanah

Membentuk pemerintahan yang adil berteraskan wahyu

Negara Islam Madinah menjadi model negara Islam terbaik


63 Tahun

Kewafatan Nabi Muhammad SAW

Peristiwa yang menyedihkan umat Islam berlaku pada waktu dhuha hari isnin 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah dan di rumah Sayidatina Aisyah r.a

Berita kewafatan baginda telah menggemparkan seluruh penduduk Madinah

Jasad baginda telah dimakamkan di rumah Sayidatina Aisyah r.a


Antara pengajaran daripada peristiwa ini ialah:

Nabi Muhammad diutuskan oleh Allah SWT untuk memimpin manusia ke jalan yang benar dan diredai Allah SWT

Kehidupan baginda dipenuhi dengan perjuangan dan pengorbanan demi ketinggian agama Islam

Membentuk tamadun yang seimbang dan sempurna yang menjadi asas kecemerlangan tamadun hari ini

Umat Islam amat berhutang budi dengan jasa Nabi Muhammad SAW yang tidak ada tolok banding