UNIT 2:
5.1.2 : PERISTIWA PENTING DALAM KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD SAW
SEBELUM KERASULAN
UMUR
|
PERISTIWA
|
Selepas kelahiran
(1 - 2 Tahun)
|
Baginda dipelihara oleh Halimah al-Sa’diyyah yang tinggal
di perkampungan Bani Saad
|
2 - 4 Tahun
|
Dada Nabi Muhammad SAW dibelah oleh Malaikat Jibril
|
4 - 6 Tahun
|
Setelah tinggal bersama Halimah al-Sa’diyyah
selama 4 tahun, Nabi Muhammad SAW kembali ke pangkuan ibunya
Ketika berumur 6 tahun, baginda dibawa melawat kubur
bapa baginda
Semasa dalam perjalanan pulang ke Mekah, ibu baginda
jatuh sakit dan meninggal dunia di Abwa’
|
6 - 8 Tahun
|
Nabi Muhammad dipelihara oleh datuk baginda iaitu Abdul
Mutalib hingga datuk baginda meninggal dunia
Selepas itu, baginda dipelihara oleh bapa saudara
baginda iaitu Abu Talib
|
12 Tahun
|
Ketika berumur 12 tahun baginda mengikut bapa
saudara baginda ke Syam
Apabila tiba dibandar Busra, Abu Talib dinasihati
supaya membawa pulang Nabi Muhammad pulang ke Mekah kerana bimbang perkara
buruk akan berlaku
|
20 Tahun
|
Baginda bersama-sama dengan bapa-bapa saudara
menyaksikan Hilfu al-Fudul, iaitu perjanjian untuk membela orang yang
teraniaya dalam perniagaan
Menggembala kambing
|
25 Tahun
|
1. Berdagang ke Syam
Ketika berumur 25 tahun Nabi Muhammad SAW
berdagang ke Syam
Baginda membawa barang dagangan seorang wanita
Quraisy yang kaya bernama Sayidatina Khadijah binti Khuwailid
Sayidatina Khadijah merupakan seorang yang sangat pemurah
dan berhati mulia
Baginda berniaga dengan bantuan Maisarah,
iaitu pekerja lelaki Syidatina Khadijah
Nabi Muhammad SAW menjalankan perniagaan dengan amanah
dan ikhlas
Akhirnya baginda membawa pulang keuntungan, hasil
ketekunan dan kemahiran baginda dalam perniagaan
2. Berkahwin dengan Sayidatina Khadijah
Apabila Khadijah mengenali keperibadian Nabi
Muhammad SAW yang mulia, beliau mengambil keputusan untuk berkahwin dengan
baginda
Sayidatina Khadijah menghantar kawan rapatnya iaitu Nafisah
binti Munabbih untuk menyatakan hasrat tersebut kepada Nabi Muhammad SAW
Nabi Muhammad SAW menerima hasrat suci tersebut dan
meminta bapa saudara baginda iaitu Amru bin Asad untuk meminang Khadijah
Baginda berkahwin ketika berumur 25 tahun dan
Sayidatina Khadijah berumur 40 tahun
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan 6 orang anak
|
35 Tahun
|
1. Peristiwa peletakan Hajarul Aswad
Berlaku banjir besar di Mekah menyebabkan dinding
Kaabah runtuh
Membina semula dan membaik pulih Kaabah
Berlaku perselisihan faham dan perebutan
antara ketua kabilah untuk meletakkan semula Hajarul Aswad
Abu Umaiyah al-Makhzumi mencadangkan agar menerima apa sahaja keputusan
dari orang yang pertama memasuki masjid melalui pintu Bani Syaibah ketika itu
Dengan takdir Allah, orang pertama yang memasuki
pintu Bani Syaibah ialah Nabi Muhammad SAW
Baginda menghamparkan selendang dan meletakkan
Hajarul Aswad ditengah-tengahnya
Baginda meminta semua ketua kabilah memegang hujung
selendang dan membawanya ke penjuru kaabah, lalu baginda mengambil
Hajarul Aswad dan meletakkannya di tempat asal
|